Kalau ada Cerita menarik bolehlah email kat saya afexqq@gmail.com


Wednesday, May 7, 2008

Tabung Haji VS SILVER BIRD



Bila saya menonton Berita di TV3 semalam rasa terperanjat sebab Tabung Haji nak beli roti suruh jemaah haji kita makan .Dia orang ini tahu ke syarikat tu dah buat macam-macam masalah yang terbaru ini tu dia MUFFIN ADA CICAK . Aku tak tahulah apa sebenarnya Tabung Haji ini nak buat. Di bawah ini di ambil dari di Laman WEB PPIM:

Saya nak ucapkan tahniah kepada Tabung Haji kerana sekali lagi berjaya membeli syarikat yang sedang sakit perut. Bagusla tu, teruslah menjadi penyelamat kepada syarikat-syarikat yang mempunyai masalah tetapi mempunyai jaringan politik yang kuat. Saya mendapat cerita penyelewangan di Tabung Haji ini memang big time. Penyelewengan yang berlaku di Tabung Haji bukanlah perkara baru. Dulu beli kapal, kapal yang dihukum tembak, belum sempat pakai dah terbakar! Beli syarikat –syarikat yang sakit perut dengan harga yang tak masuk akal. Tak percaya tanyalah Dato' Hamid Zainal Abidin.

Kalau nak beli sangat, ada puluhan syarikat orang Islam yang boleh dibeli. Carilah keberkatan daripada duit jemaah Islam dan tak perlulah bersekongkol dengan mereka yang jelas mempunyai rekod tidak menghormati Islam. Kawan-kawan bolehlah cuba meneliti transaksi ini dan kita boleh kongsi bersama maklumat yang kita perolehi. Saya rasa malu kerana Tabung Haji boleh membuat keputusan yag tidak pandai dan amat meragukan.

Saya juga mencadangkan kepada kawan-kawan agar menulis untuk mengumpul fakta-fakta penyelewengan yang telah lama berlaku di Tabung Haji. Kita minta mereka jawab kali ini.........

0 comments:

About This Blog

Tengok Apa Berita Hari Ini

  © Blogger templates The Professional Template by afexq The Great 2009

Back to TOP