Kalau ada Cerita menarik bolehlah email kat saya afexqq@gmail.com


Friday, September 26, 2008



Tengok Semua...

Crane operator needed


Tengok Semua...

Mother's protection..

Binatang pun tahu sayangkan anak nya,




Tengok Semua...

Thursday, September 18, 2008

Papa! Bacakan Kuat-Kuat Ye

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja  yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

 Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja. "Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya."Buku baru ya?" saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk."Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah."Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan.Alaaa? bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah."BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya
sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu,seminggu,dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang,Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya."Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. "Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!katanya.Saya mengangguk. Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.
Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran
mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir,bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya. "Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu
nafasnya tersekat-sekat. "Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya. Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkandiri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena,sementara
isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan. Bacaan saya terhenti, Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya."Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini,walau setahun berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang
diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh
seorang
lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air
mata
yang tumpah.

Tengok Semua...

Tuesday, September 16, 2008

Apa yang tak kena ?

Cuba perhatikan gambar nie, apa yang tak kena ?

Tengok Semua...

Top 10 Car Keys in the world..

1) Bentley


2) Merc Benz

3) Jaguar

4) Land Rover Range Rover Sport LR3

5) Audi

6) BMW

7) Lexus

8) Volvo

9) Infiniti

10) Cadillac

Apa-apa pun yang ini aje aku mampu






Tengok Semua...

Friday, September 12, 2008

Waktu Paling Afdhal Untuk Bersahur

Melewatkan Sahur Adalah Sunnah

Selagi belum masuknya Subuh, maka kita dibolehkan makan, minum, dan menjima’i isteri. Ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar (masuk waktu subuh)”. (al-Baqarah 2: 187)

Dari Amr bin Maimun al-Audi, dia menyatakan, “Para sahabat Muhammad Shallallahu’alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling akhir (lewat) di dalam bersahur.” (Diriwayatkan daripada ‘Abdur-Razzaq di dalam kitab al-Mushannaf- nya (7591) dengan sanad yang disahihkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Bari (4/199) dan oleh al-Haitsami di dalam Majma’ az-Zawaid (3/154))

Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, “Tiga perkara yang merupakan akhlaq kenabian adalah: 1 - Menyegerakan berbuka, 2 – Mengakhirkan (melewatkan) sahur dan 3 - Meletakkan tangan di atas tangan kiri ketika dalam solat (ketika qiyam).” (Hadis Riwayat ath-Thabrani di dalam Mu’jam al-Kabir sebagaimana dalam al-Majma’ (2/105). Dia berkata... marfu’ dan mauquf)

Waktu Disunnahkan Untuk Mula Bersahur

Iaitu dimulakan sekitar 50 bacaan ayat al-Qur’an sebelum masuknya waktu subuh. Ini menunjukkan sekitar 15 atau 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Ini adalah berdasarkan suatu hadis yang diriwayatkan dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya dia pernah berkata: “Kami pernah makan sahur bersama Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam. Setelah itu beliau segera menunaikan solat .” Aku tanyakan, “Berapa lama jarak antara azan dan sahur?” Dia menjawab, “Kira-kira sama seperti (panjangnya) bacaan 50 ayat al-Qur’an”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dari al-Qasim, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Janganlah azan bilal menjadikankamu berhenti dari makan sahur, kerana ia mengumandangkan azan pada malam hari (sebelum masuknya subuh). Maka, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan yang dikumandangkan oleh Ibnu Ummi maktum, kerana ia tidak mengumandangkannya sehingga waktu fajar telah tiba (waktu subuh telah masuk). (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, ia menunjukkan bahawa masih dibolehkan makan dan minum (bersahur) walaupun telah masuknya waktu subuh selagi mana azan belum dikumandangkan (belum jelas masuknya subuh). Ini adalah berkira dari maksud yang diambil dari hadis tersebut di mana para sahabat dibolehkan untuk makan dan minum sehingga mendengar azannya Ibnu Ummi maktum. Manakala Ibnu Ummi maktum pula hanya akan ber-azan setelah masuknya waktu Subuh dan apabila diperintahkan (diberitahukan) untuk mengumandangkan azan, barulah dia akan ber’azan kerana dia seorang yang buta.

Batilnya Penetapan “Waktu Imsak” 10 Minit Sebelum Subuh Atau Yang Seumpamanya

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar (masuk waktu subuh)”. (al-Baqarah 2: 187)

Menetapkan berhenti makan sahur sebelum terbitnya fajar shadiq, maka itu bukanlah suatu yang sunnah. Apa yang jelas dari sunnah adalah melewatkan sahur dan dibolehkan berhenti makan/minum sehingga benar-benar telah masuknya waktu subuh dengan yakin. Ianya selain dijelaskan oleh ayat al-Qur’an di atas, ia juga memiliki hujjah yang jelas dari banyak hadis-hadis Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam.

Dari al-Qasim, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Janganlah azan bilal menjadikankamu berhenti dari makan sahur, kerana ia mengumandangkan azan pada malam hari (sebelum masuknya subuh). Maka, makan dan minumlah sehingga kamu mendengar azan yang dikumandangkan oleh Ibnu Ummi maktum, kerana ia tidak mengumandangkannya sehingga waktu fajar telah tiba (waktu subuh telah masuk). (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dibolehkan menghabiskan makanan dan minuman yang berada di tangan kita (semasa bersahur) walaupun setelah berkumandangnya azan. Ini adalah sebagaimana hadis berikut,

“Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan tempat makanan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (memakannya) . (Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dengan disepakati oleh az-Dzhabi)

Penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata di dalam kitabnya, Fathul Bari (4/199): “Termasuk perbuatan bid'ah yang mungkar adalah yang diada-adakan pada zaman ini (pada zamannya), iaitu mengumandangkan azan kedua (azan Subuh) sepertiga jam (sekitar 20 minit) sebelum waktunya di bulan Ramadhan, serta memadamkan lampu-lampu yang dijadikan sebagai tanda telah haramnya makan dan minum bagi orang yang mahu berpuasa, mereka menganggap perbuatan ini sebagai rangka ihtiyath (langkah berhati-hati) dalam ibadah, tidak ada yang mengetahuinya kecuali beberapa bilangan manusia saja, hal ini telah menyeret mereka sehingga melakukan azan ketika telah terbenam matahari beberapa peringkat, untuk meyakinkan telah masuknya waktu (menurut sangkaan mereka) mereka mengakhirkan (melambatkan) berbuka dan menyegerakan sahur, sehingga menyelisihi sunnah, oleh kerana itu sedikit pada mereka kebaikan dan keburukan pun banyak tersebar pada mereka, Allahul Musta'an.

Penjelasan Syaikh al-Albani

Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah mengulas persoalan ini di dalam salah satu kitabnya, “Tamamul Minnah” ketika membantah kenyataan Sayyid Sabiq sebagaimana berikut,

“Ketika salah seorang di antara kamu mendengar azan sedangkan tempat makanan masih berada di tangannya, janganlah dia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (memakannya) . (Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim dengan disepakati oleh az-Dzhabi)

Ibnu Hazm juga meriwayatkannya dan menambah: “Ammar (yakni Ibnu Abi Ammar, perawi Abu Hurairah) mengatakan:

“Mereka dahulu mengumandangkan azan ketika telah terbit fajar (setelah masuknya waktu Subuh)”.

Hammad (yakni: Ibnu Salamah) mengatakan dari Hisyam bin Urwah:

“Ayahku memberi fatwa demikian”

Dan sanadnya sahih menurut Muslim dan mempunyai hadis-hadis saksi yang telah saya (Syaikh al-Albani) sebutkan dalam “at-Ta’liqat al-Jiyad dan juga ash-Shahihah (1354)”.

Ini adalah sebagai dalil bahawa seseorang yang mendapati fajar mulai terbit, makanan dan minuman masih di tangannya, masih boleh baginya makan. Allah berfirman:

“Dan Makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar”. (al-Baqarah 2: 187)

Tiada pertentangan di antara ayat ini dan hadis-hadis yang semakna dengannya, serta tidak ada ijmak yang membantahnya. Bahkan sejumlah besar sahabat dan selain mereka mengguna-pakai hadis ini dan berpendapat lebih dari itu, iaitu dibolehkannya makan sahur sehingga fajar tampak (kelihatan) jelas dan warna putih (terang) telah menyebar ke segala penjuru. (Lihat: Fathul Bari, 4/109-110)

Dari pengertian hadis ini, dapatlah diambil pelajaran bahawa menetapkan adanya “waktu imsak” sebelum subuh adalah perbuatan bid’ah (yang diada-adakan) . Seandainyalah mereka mengetahui dan memahami rukhsah (kelonggaran) ini tentu mereka tidak melakukan bid’ah sedekian rupa (menetapkan adanya waktu imsak sebelum subuh). (Lihat: Tamamul Minnah Fi Ta’liq ‘Ala Fiqhus Sunnah, Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, Terbitan Pustaka Sumayyah, Cet. Kelima, Disember 2007M, m/s. 457-458)
"

Tengok Semua...

Thursday, September 11, 2008

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.

Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.

"Cadangnya gitulah!"

" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"

Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"

Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!

"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

Tengok Semua...

Wednesday, September 10, 2008

] Hiroshima and Nagasaki today...

August 6 -Hiroshima
and Nagasaki -1945
Then




NOW !!!!!








Tengok Semua...

Fantastic Dubai Projects

0-14 Tower


Dubai World Central International Airport

Arabian Blade

Arch Bridge

Burj Dubai

Cloud

Dancing Tower

Davinci Rotating Tower

Dubai Mall

Dubai Marina

Dubai Pearl

Dubai Renaissance

Dubai Sport City



Dubai Towers

Dubai Water Front

Falcon City of Wonders

Golden Dome

Dubai Hydropolis

Mardinat Al Arab

Dubai Metro

Dubai Old Town

The Opus

Palm Island



Tengok Semua...

  © Blogger templates The Professional Template by afexq The Great 2009

Back to TOP