Kalau ada Cerita menarik bolehlah email kat saya afexqq@gmail.com


Monday, May 5, 2008

IDEOLOGI KAMAL ATARTUK

Buat renungan semua pembaca..selamilah apa yang tersurat dan tersirat semoga
dapat iktibar
Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attatuk, IDEOLOGI KAMAL ATARTUK DI
TURKI

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan
topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di
Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya
tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan
membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh
bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan
terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan
harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang
barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan
gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir
miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada
huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila
salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?" oleh
kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau
tersenyum dan bangga dengan jawapan yang
diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang
Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya
juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk
menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak
hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung,
beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana
tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah
menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan
beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!
Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu
panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,
mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9
hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama
Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya
dibawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak
menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak
menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan
dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap
dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi
sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu
bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di
celah-celah batu marmar.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!" Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Renung dan fikirkanlah!

0 comments:

About This Blog

Tengok Apa Berita Hari Ini

  © Blogger templates The Professional Template by afexq The Great 2009

Back to TOP