Kalau ada Cerita menarik bolehlah email kat saya afexqq@gmail.com


Thursday, May 22, 2008

JANGAN TAK MANDI

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapimenjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung
terutamanya untuk lelaki.Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti
ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik(sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan
untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan
kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat
baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah
tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna
bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


@ayuk@oeye

0 comments:

About This Blog

Tengok Apa Berita Hari Ini

  © Blogger templates The Professional Template by afexq The Great 2009

Back to TOP