Kalau ada Cerita menarik bolehlah email kat saya afexqq@gmail.com


Monday, May 5, 2008

JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU

Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang
isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau
10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri.
Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang
anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.


Peringkat awal ...

mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,
ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan
anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan
di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai
suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa
terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih
tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya
siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan
membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di
rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak
layan budak-budak ni. I penatlah..."
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu
berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut
nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan
keinginan utk beristeri satu lagi...:).. Senantiasalah beringat bahawa
seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap
tolakan kita... sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat...
sehinggalah suami kita memaafkannya.. Kerna itu.. seboleh2nya..jangan
biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita
menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani
suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua
inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau
sebaliknyer...

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab
akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham
keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri".
Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan
air dan berikan sentuhan saying walaupun hanya dua atau tiga minit walau
sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini,
akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.
Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang
sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah
seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari
isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu... tatkala
itu..dihatinya pasti raser sungguh gembira kerana ada yang menanti dan
meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak
akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama
berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka
lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan
lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami
harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini
silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi...suami tetap merupakan
"Anak Sulung"... walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus
senantiasa didahulukan.... ;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh
terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa
muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada
"pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan
dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian
untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana
keadaan dirinya tak tenteram...dan dikala ini apabila ada wanita muda
menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan.
Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari
isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri
suami.

0 comments:

About This Blog

Tengok Apa Berita Hari Ini

  © Blogger templates The Professional Template by afexq The Great 2009

Back to TOP