Sifat wanita melalui tarikh lahirnya
Khas Buat Wanita  WANITA TANAH  Pandai-pandailah anda menilainya..................
Yang mana menggambarkan diri anda ?.........  
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), 
Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari). 
 *seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal. 
 *Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi 
  dan material. 
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati 
  menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. 
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air 
  muka semulajadi yang pendiam dan tenang.  
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan 
  sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan 
  sederhana.  
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah 
  seorang kekasih yang setia dan berwibawa. 
 
 WANITA API 
 Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 
 Julai-23 Ogos) dan 
 Sagittarius(23 November-21 Disember). 
 *Dilahirkan sebagai pemimpin 
 *Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain 
   walaupun ianya benar. 
 *Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan 
  tidak pemalu. 
 *Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh 
  mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan 
  sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.  
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang 
 dikasihi mersa sedih dan terhiris. 
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus 
 diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus 
 berkesan. 
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan. 
 
 WANITA ANGIN 
 Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 
 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari). 
 *Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam 
  setiap aspek kehidupan. 
 *Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka 
  segalanya boleh dicapai. 
 *Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi 
  untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.  
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai 
 keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. 
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk 
  berkonfrantasi. 
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam 
  hati mereka. 
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja. 
 
 WANITA AIR 
 Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 
 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 
 Mac). 
 *Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. 
 *Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah 
   bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang 
   berubah-ubah dan berhati-hati. 
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada 
  disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang 
  menyedihkan.  
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri. 
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. 
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang 
  yang anda jumpai.  
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan 
  mereka yang kelaparan.  
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk 
  menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. 
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu 
 pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh 
 melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, 
 dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari 
 hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. 
 Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan 
 terhulur. Dan dengan bertambahnya 
 usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu 
 untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi 
 untuk menolong orang lain. 
 *Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan 
 pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. 
 *Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Karena 
 di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta 
 dapat berkembang. 
 *Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang 
 murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian 
 dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
  

0 comments:
Post a Comment